Google Analytics – Perisian Percuma Untuk Menyukat Data Pelawat

Di pasaran sekarang, terdapat pelbagai perisian yang menawarkan pelbagai ciri-ciri seperti berikut:

  • Menyukat jumlah pelawat blog setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan.
  • Mengesan lokasi pelawat, sistem operasi yang pelawat gunakan dan jenis pelayar web yang pelawat gunakan.
  • Analisis jumlah keseluruhan trafik (pelawat) kepada beberapa bahagian.
  • Menyusun kata kunci (keyword) yang digunakan oleh pelawat semasa mencari laman web dan blog kita.
  • Mengira kadar conversion (conversation rate) untuk kempen-kempen yang sedang kita jalankan.
  • Dan pelbagai lagi ciri-ciri menarik yang sangat membantu.

Walaubagaimanapun, kebanyakkan perisian-perisian ini mengenakan caj yang agak tinggi dan sebagai seorang yang masih baru dalam dunia IT, rata-rata syarikat tidak mempunyai bajet yang begitu besar untuk dilaburkan pada perisian yang lebih ‘advance’ pada peringkat awal.

Google Analytics adalah satu khidmat analitikal web free yang ditawarkan oleh Google yang menjejaki dan melaporkan trafik laman web yang telah anda daftarkan dengan google. Google melancarkan perkhidmatan itu pada November 2005 selepas membeli Urchin web analytic software dari Urchin Software corporation . kini Google Analytics adalah khidmat analitikal web yang paling banyak digunakan di Internet. Google juga menawarkan dalam dua versi tambahan:

1)    Langganan berdasarkan Google Analytics Premium disasarkan kepada pengguna perusahaan

2)    Google Analytics for Mobile Apps, SDK yang membolehkan pengumpulan data penggunaan dari iOS dan Android Apps.

Penggunaan Google analytics telah meluas digunaakan. Boleh dikatakan hampir 65% daripada 10,000 pengguna laman web yang popular di dunia menggunakan perkhidmatan ini.

Teknologi

–   Berintegrasi bersama google Adword membolehkan pengguna menyemak kempen dalam talian dengan menjejaki kualiti dan penukaran matlamat.

–   Berintegrasi Google Search Engine Optimization (SEO) membolehkan pengguna melihat prestasi website mereka.

Google-Analytics

 

Untuk anda mendapat report seperti ini anda hendaklah mempunyai  beberapa pekara seperti berikut:

  1. Website
  2. Account Google
  3. XML site map
  4. Robot google untuk menghantar data secara terus.